SETIAP KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG TERSENDIRI.
DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
NAMA PENSYARAH: USTAZAH HAYATI
NAMA PELAJAR & NO MATRIK:
NIK NUR MIRA EZLEEN BT NIK HASHIM (02DKM15F1171)
BADRIN BIN BUKHORI (02DKM15F1088)
MASIRATUL MARISA BT ABU HASHIM (02DKM15F
MUHAMAD ZULAIKA BIN IBRAHIM (02DKM15F
NO
|
ISI KANDUNGAN
|
MUKA SURAT
|
1
|
PENGENALAN
|
2
|
2
|
OBJEKTIF
|
3
|
3
|
KONSEP BATAS PERGAULAN
|
3-7
|
4
|
JENIS-JENIS PERGAULAN
|
8-9
|
5
|
PANTANG LARANG DALAM AGAMA
|
9-15
|
6
|
CARA MENGATASI
|
15
|
7
|
KESIMPULAN
|
16
|
9
|
RUJUKAN
|
16
|
10
|
LAMPIRAN
|
18-19
|
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia Melayu, Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain.
2.0 SOSIAL BUDAYA DI MALAYSIA
Social budaya adalah amalan yang berupa Gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang melayu, orang cina, orang India dan kaum yang lain.
Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di Malaysia melalui budaya cina dan India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang melayu. Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Masyarakat sekarang menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti perayaan, kemerdekaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan Sama ada perayaan untuk kaum melayu, mahupun India dan cina. Kesemua kaum Akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini dapat dilihat di merata tempat.Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang telah lama terjalin.
Walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosial budaya penduduk terutama mengenai adat resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga. Tetapi, penduduk pada hari ini telah melanggar pantang larang tersebut kerana mereka lebih suka mengikut Cara moden dan kebaratan. Perkara pertama dapat dilihat adalah dari aspek sosial kaum wanita sama ada dalam pergaulan mahupun perhubungan. Masyarakat hari ini memandang rendah kepada perhubungan antara lelaki dan wanita kerana mereka beranggapan bahawa ianya menunjukkan tentang kehebatan sendiri.
Kesimpulannya, Sosial budaya merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan negara hari ini juga berlaku akibat daripada perubahan sosial budaya penduduk. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah memandang tinggi kepada peradaban sosial budaya melayu.
3.0 AGAMA DI MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara berbilang-kaum yang de-facto sekular, pada masa yang sama status rasmi Islam diiktiraf... Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam, 19 peratus agama Buddha, 9 peratus Kristian; 6 peratus Hinduisme; dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk animisme, Sikhisme, dan Baha'i. Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar, seseorang tidak sahnya menjadi Bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.
Sebilangan Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim sapara mengamal. Mereka mematuhi amalan bulan suci (Ramadan) apabila berpuasa semasa waktu siang yang madatori, dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang Lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap.
Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala sebagai bukti.

Comments
Post a Comment